AGENDANASIONAL

Klang, Sepang antara daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga tengah hari

SHAH ALAM, 20 OGOS: Empat daerah di Selangor iaitu Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal ribut petir dan hujan lebat sehingga 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook turut meramalkan cuaca sama melanda Putrajaya dan Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hamper atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :