AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor dijangka hujan lebat hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 4 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat, angin kencang melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 1 tengah hari ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :