AGENSISELANGOR

Rasai pengalaman petik anggur di Selangor Fruit Valley

SHAH ALAM, 23 OGOS: Pengunjung Selangor Fruit Valley (SFV) kini berpeluang merasai pengalaman memetik anggur di pusat agro pelancongan itu.

SFV memaklumkan selain pakej memetik anggur, tarikan terbaharu di Laman Anggur itu membolehkan pengunjung melawat ladang buah berkenaan.

“Kini di SFV kami buka check point (hentian lawatan) baharu iaitu Laman Anggur. Anda semua boleh mencipta pengalaman baharu di sini.

“Laman anggur turut menawarkan jualan anggur segar, anak pokok anggur dan produk anggur,” katanya di Facebook.

Orang ramai berpeluang memetik anggur segar di Laman Anggur, tarikan baharu di Selangor Fruit Valley. Foto Facebook Selangor Fruits Valley

Terletak di Bestari Jaya, ladang buah-buahan tropika berkeluasan lebih 1,000 hektar itu dibuka mulai 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 012-343 2971 atau 016-688 0792 atau e-mel [email protected]

Harga tiket masuk bagi pelancong domestik ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.

Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.


Pengarang :