EXCO pertanian Ir Izham Hashim melihat sebahagian ikan bandaraya (pleco) yang ditangkap selepas merasmikan majlis penutup pertandingan menangkap ikan asing di Sungai Damansara, Subang Jaya pada 25 Ogos 2024. Foto Facebook Ir Izham Hashim
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor laksana pelbagai usaha hapus populasi ikan asing

Oleh ALIFF HAIQAL MOHAMED

SUBANG JAYA, 25 OGOS: Kerajaan Negeri giat mempelbagaikan usaha untuk menghapuskan populasi ikan invasif atau asing sebagai langkah memulihara sungai dan spesies ikan tempatan.

EXCO pertanian memaklumkan antara usaha diambil Selangor termasuklah tawaran insentif RM1 bagi setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya (pleco) bagi mengurangkan populasi hidupan itu.

“Selain tawaran insentif, kesedaran orang ramai terutama pemilik akuarium juga perlu dipupuk agar tidak melepaskan ikan asing ini ke dalam sungai atau tasik.

“Selain itu, kaedah pelupusan secara biologikal turut akan dijalankan dengan mengkaji sistem reproduktif, pemakanan dan habitat ikan ini.

“Spesies ini juga memusnahkan ikan tempatan dan menyebabkan kerosakkan kepada tebing sungai,” kata Ir Izham Hashim selepas merasmikan majlis penutup pertandingan menangkap ikan asing di Sungai Damansara di sini

EXCO pertanian Ir Izham Hashim melihat sebahagian ikan bandaraya (pleco) yang ditangkap selepas merasmikan majlis penutup pertandingan menangkap ikan asing di Sungai Damansara, Subang Jaya pada 25 Ogos 2024. Foto Facebook Ir Izham Hashim

Program anjuran bersama Universiti Malaya, Universiti Selangor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan ) atau MBI dan Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya berjaya menangkap lebih 1 tan ikan pleco dalam masa dua jam.

“Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah gangguan ikan asing terutamanya ikan pleco ini di sungai dalam negara kita.

“Insya-Allah, usaha membasmi ikan asing ini akan sentiasa berterusan serta mendapat perhatian tinggi dari Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menawarkan insentif RM1 bagi setiap kilogram tangkapan ikan pleco yang dicadang dijalankan selama sebulan bermula 1 September.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan menangkap ikan asing di Sungai Damansara, Subang Jaya pada 25 Ogos 2024. Foto Facebook Ir Izham Hashim

Pengarang :