Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (tengah) mengibarkan bendera ketika majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2024. FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
PBTSELANGOR

Sempena Bulan Kemerdekaan, MBPJ anjur 23 program semarak perpaduan

PETALING JAYA, 5 OGOS : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan 23 program menarik sepanjang Ogos hingga 22 September ini sempena sambutan bulan Kemerdekaan.

Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata antara acara dianjurkan pertandingan nyanyian patriotik, hiasan kibar Jalur Gemilang dan PJ Half Marathon.

“Program ini dianjur bertujuan menyemarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan dalam kalangan penduduk Petaling Jaya sekali gus memupuk perpaduan dan kekitaan yang kuat dalam diri.

“Kami mempelawa semua pihak untuk turut serta dalam program yang dianjurkan dan bersama mengibar Jalur Gemilang dengan rasa penuh bangga,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Jalur Gemilang peringkat Petaling Jaya sempena Hari Kebangsaan ke-67 di MBPJ di sini hari ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon menyerahkan bendera kepada wakil rakan strategik ketika majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2024. FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, Mohamad Zahri turut mengedarkan 2,000 Bendera Malaysia kepada rakan strategik dalam Petaling Jaya antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat; Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd; sekolah serta persatuan orang kelainan upaya serta warga emas.

Beliau turut menggalakkan penduduk Petaling Jaya mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Hari Kebangsaan sebagai tanda meraikan semangat patriotisme dan cintakan negara.

“Penganjuran kempen ini merupakan salah satu inisiatif MBPJ untuk menggalakkan agensi kerajaan, swasta dan seluruh warga Petaling Jaya mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda meraikan Kemerdekaan,” katanya.

Berikut merupakan senarai program MBPJ sepanjang sambutan Kemerdekaan ;

  • Pertandingan Nyanyian Patriotik 2024
  • Pertandingan Hiasan Kibar Jalur Gemilang
  • Spring Cleaning
  • Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang
  • Keceriaan Komuniti Merdeka
  • Pertandingan Deklamasi Sajak
  • PJ Half Marathon 2024
  • Pertandingan PJ Indoor Smart Golf
  • Gotong-royong Kemerdekaan
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-67
  • Laman Rakyat Merdeka
  • Program Semarak Kemerdekaan
  • Edaran Jalur Gemilang
  • Eco Free Market
  • Sambutan Hari Kemerdekaan dan Vaksin Warga Emas
  • Jogathon ke-10
  • Majlis Aspresiasi Perwakilan Penduduk
  • Program Semarak Kemerdekaan
  • Walkakthon Kita Malaysia
  • Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan
  • Rondaan Perdana PJS 10
  • Majlis Penutup Program Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-67 peringkat Petaling Jaya
Murid Taska Tadika Majlis Bandaraya Petaling Jaya membawa masuk bendera Malaysia ke dalam dewan ketika majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2024. FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Murid Taska Tadika Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyerahan bendera Malaysia kepada Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon ketika majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2024. FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Murid Taska Tadika Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyerahan bendera Malaysia kepada Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon ketika majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2024. FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Kibaran bendera ketika majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2024. FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Murid Taska Tadika Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengibarkan bendera ketika majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2024. FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

 


Pengarang :