AGENDANASIONAL

Sepang, Sabak Bernam antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 7 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda tujuh daerah di Selangor hingga 4 petang.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan tujuh daerah berkenaan ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama juga dijangka melanda seluruh Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa kawasan di Perak serta Negeri Sembilan.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :