Aksi Pasukan Sepak Takraw Wanita Selangor menentang Pasukan Negeri Johor di peringkat kumpulan acara Beregu yang berlangsung di Dewan Seri Sarjana UNITEN, Bangi pada 19 September 2022. Foto Facebook MSN Selangor
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA 2024: Sepak takraw lelaki, wanita menang 2-1

SHAH ALAM, 15 OGOS: Pasukan sepak takraw wanita Selangor menewaskan Pulau Pinang 2-1 dalam peringkat kumpulan di Stadium Muhibah, Bintulu, setakat jam 6 petang.

Takraw berpasukan lelaki turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Pahang.

Selangor di kedudukan ketujuh dengan dua emas dalam carta pingat keseluruhan.

Sehingga jam 3 petang, Selangor menggungguli kedudukan tiga teratas dalam carta pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dengan dua emas menerusi atlet wushu wanita, Mandy Cebelle Chen,

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengucapkan tahniah kepada Mandy yang meraih emas pertama Selangor, semalam.

Dalam pada itu, hujan lebat sejak pagi tadi merencatkan persembahan Selangor untuk menaiki podium bagi acara basikal berkumpulan dan perseorangan.

Mandy Cebelle Chen sekali lagi menyumbangkan pingat emas buat Kontinjen Negeri Selangor menerusi acara Wushu Toulu Taijiquan Wanita yang berlangsung di Dewan Wushu, Petra Jaya pada 15 Ogos 2024. Foto Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor

Setakat jam 12 tengah hari, atlet wushu wanita, Mandy Cebelle meraih pingat emas dalam acara final taijiquan wanita menjadikan beliau atlet pertama memenangi dua pingat emas setakat hari kedua temasya.

Semalam, Mandy Cebelle menyumbang emas pertama buat Selangor menerusi acara sama.

Hari ini, Selangor menyasarkan dua emas bagi acara berbasikal lebuh raya dan tenpin boling pada SUKMA Sarawak menerusi acara basikal lebuh raya dan tenpin boling.


Pengarang :