Perlawanan acara bole keranjang peringkat kumpulan di Stadium MBKS Pending, Sarawak pada 17 Ogos 2024. Foto MSN Selangor
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA hari empat: Selangor di kedudukan ketujuh carta keseluruhan pingat takat 4 petang

SHAH ALAM, 17 OGOS: Selangor tewas 2-1 dengan Wilayah Persekutuan dalam perlawanan bola tampar lelaki sebentar tadi.

Setakat 4 petang, tuan rumah SUKMA 2024 mendahului carta pungutan pingat dengan 12 emas, 8 perak, 6 gangsa diikuti Melaka dan Terengganu di kedudukan ketiga.Selangor kekal di kedudukan ke tujuh.

Aksi pemain bola tampar lelaki di SUKMA Sarawak pada 17 Ogos 2024. Foto Facebook Jabatan Penerangan Sarawak

2 petang: Pasukan bola keranjang Selangor menewaskan Melaka dengan keputusan 79-68 dalam perlawanan peringkat kumpulan di Stadium MBKS Pending.

Selangor juga menang 5-0 ke atas Sabah bagi acara badminton dan pasukan sofbol wanita Selangor menang 9-1 ke atas Wilayah Persekutuan. Pasukan lelaki tewas 1-10 ke atas Johor.

Selangor berada di kedudukan ketujuh keseluruhan pingat dengan kutipan tiga emas dan enam perak.

Aksi atlet sofbal wanita Selangor ketika menjalani latihan. Foto Facebook MSN Selangor

12 tengah hari: Selangor meraih perak dalam acara sepak takraw berpasukan lelaki temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak sebentar tadi.

Berlangsung di Stadium Muhibah, Bintulu, Selangor tewas 0-2 kepada Pulau Pinang.

Atlet sepak takraw Selangor. Foto MSN Selangor

9 pagi: Selangor menyasarkan mengutip empat emas pada hari keempat temasya SUKMA Sarawak hari ini.

Pingat berkenaan menerusi Yong Meng Keat dalam acara berbasikal, menembak berpasukan lelaki dan sukan karate menerusi G Srikah (wanita) dan B Jeevesh (lelaki).

Semalam, Selangor berada di tangga keenam dengan kutipan tiga emas dan lima perak.


Pengarang :