Pasukan Pulau Pinang Muhammad Nabil Naufal Mohd Fuad menghalang rejaman dari pemain Selangor Muhammad Shahrain Zameer Shamsuddin pada perlawanan akhir sepak takraw berpasukan lelaki Regu B Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Muhibah pada 17 Ogos 2024. Pasukan Pulau Pinang raih pingat emas selepas menewaskan Selangor 2-0. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

SUKMA 2024: Selangor raih perak sepak takraw berpasukan lelaki

SHAH ALAM, 17 OGOS: Selangor meraih perak dalam acara sepak takraw berpasukan lelaki temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak sebentar tadi.

Berlangsung di Stadium Muhibah, Bintulu, Selangor tewas 0-2 kepada Pulau Pinang.

9:00 pagi: Selangor menyasarkan mengutip empat emas pada hari keempat temasya SUKMA Sarawak hari ini.

Pingat berkenaan menerusi Yong Meng Keat dalam acara berbasikal, menembak berpasukan lelaki dan sukan karate menerusi G Srikah (wanita) dan B Jeevesh (lelaki).

Setakat semalam, Selangor berada di tangga keenam dengan kutipan tiga emas dan lima perak.


Pengarang :