Perlawanan acara bole keranjang peringkat kumpulan di Stadium MBKS Pending, Sarawak pada 17 Ogos 2024. Foto MSN Selangor
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA 2024: Selangor tewaskan Melaka acara bola keranjang

SHAH ALAM, 17 OGOS: Pasukan bola keranjang Selangor menewaskan Melaka dengan keputusan 79-68 dalam perlawanan peringkat kumpulan di Stadium MBKS Pending.

Selangor juga menang 5-0 ke atas Sabah bagi acara badminton dan pasukan sofbol wanita Selangor menang 9-1 ke atas Wilayah Persekutuan. Pasukan lelaki tewas 1-10 ke atas Johor.

Setakat 2 petang, Selangor berada di kedudukan ketujuh keseluruhan pingat dengan kutipan tiga emas dan enam perak.

Aksi atlet sofbal wanita Selangor ketika menjalani latihan. Foto Facebook MSN Selangor

12 tengah hari: Selangor meraih perak dalam acara sepak takraw berpasukan lelaki temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak sebentar tadi.

Berlangsung di Stadium Muhibah, Bintulu, Selangor tewas 0-2 kepada Pulau Pinang.

Atlet sepak takraw Selangor. Foto MSN Selangor

9 pagi: Selangor menyasarkan mengutip empat emas pada hari keempat temasya SUKMA Sarawak hari ini.

Pingat berkenaan menerusi Yong Meng Keat dalam acara berbasikal, menembak berpasukan lelaki dan sukan karate menerusi G Srikah (wanita) dan B Jeevesh (lelaki).

Semalam, Selangor berada di tangga keenam dengan kutipan tiga emas dan lima perak.


Pengarang :