Mandy Cebelle Chen sekali lagi menyumbangkan pingat emas buat Kontinjen Negeri Selangor menerusi acara Wushu Toulu Taijiquan Wanita yang berlangsung di Dewan Wushu, Petra Jaya pada 15 Ogos 2024. Foto Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA 2024: Wushu sumbang dua emas, tenpin boling sekadar perak

SHAH ALAM, 15 OGOS: Sukan wushu berjaya merangkul dua emas yang disumbang Mandy Cebelle Chen dalam acara final taijiquan wanita setakat hari kedua temasya.

Tenpin boling wanita perseorangan pula sekadar meraih perak menerusi Adania Mohd Redzwan dan acara basikal berpasukan lelaki gagal memperoleh pingat selepas tewas kepada Terengganu.

Pada hari ketiga temasya esok, Selangor mensasarkan emas bagi acara wushu menerusi Felicity Wong Xin Nee dan atlet berpasukan boling padang.

Adania Mohd Redzwan menyumbangkan pingat perak kepada Selangor dalam acara tenpin boling perseorangan Wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa, Kuching pada 15 Ogos 2024. Foto Majlis Sukan Negeri Selangor

Atlet Selangor, Adania Mohd Redzwan meraih perak dalam perlawanan tenpin boling wanita perseorangan pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Megalanes Emart, Batu Kawa, Kuching malam ini.

Setakat 10 malam ini, Selangor merangkul dua pingat emas menerusi atlet wushu wanita, Mandy Cebelle Chen dan satu perak menerusi perlawanan tenpin boling wanita perseorangan oleh Adania Mohd Redzwan.

Pasukan Selangor melawan Johor pada aksi kumpulan B acara futsal Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di Stadium Tertutup Kota Samarahan pada 13 Ogos 2024. Foto Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor

Setakat 8 malam, Selangor mendahului kumpulan B acara futsal lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak selepas menewaskan Perak 8-6 dalam aksi di Stadium Tertutup Kota Samarahan.

Jaringan disempurnakan Syahir Iqbal khan Akbar Khan pada minit pertama diikuti Muhamad Syauki Ahmad Puad (9’), Ahmed Haziq Haikal (12’, 30’, 36’ dan 36’) dan Zulkifli Abu Hassan Zali (18’ dan 33’).

Aksi Pasukan Sepak Takraw Wanita Selangor menentang Pasukan Negeri Johor di peringkat kumpulan acara Beregu yang berlangsung di Dewan Seri Sarjana UNITEN, Bangi pada 19 September 2022. Foto Facebook MSN Selangor

Setakat jam 6 petang, pasukan sepak takraw wanita Selangor menewaskan Pulau Pinang 2-1 dalam peringkat kumpulan di Stadium Muhibah, Bintulu.

Takraw berpasukan lelaki turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Pahang.

Selangor di kedudukan ketujuh dengan dua emas dalam carta pingat keseluruhan.

Sehingga jam 3 petang, Selangor menggungguli kedudukan tiga teratas dalam carta pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dengan dua emas menerusi atlet wushu wanita, Mandy Cebelle Chen,

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengucapkan tahniah kepada Mandy yang meraih emas pertama Selangor, semalam.

Dalam pada itu, hujan lebat sejak pagi tadi merencatkan persembahan Selangor untuk menaiki podium bagi acara basikal berkumpulan dan perseorangan.

Mandy Cebelle Chen sekali lagi menyumbangkan pingat emas buat Kontinjen Negeri Selangor menerusi acara Wushu Toulu Taijiquan Wanita yang berlangsung di Dewan Wushu, Petra Jaya pada 15 Ogos 2024. Foto Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor

Setakat jam 12 tengah hari, atlet wushu wanita, Mandy Cebelle meraih pingat emas dalam acara final taijiquan wanita menjadikan beliau atlet pertama memenangi dua pingat emas setakat hari kedua temasya.

Semalam, Mandy Cebelle menyumbang emas pertama buat Selangor menerusi acara sama.

Hari ini, Selangor menyasarkan dua emas bagi acara berbasikal lebuh raya dan tenpin boling pada SUKMA Sarawak menerusi acara basikal lebuh raya dan tenpin boling.


Pengarang :