AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA hari empat: Atlet karate sumbang pingat emas, gangsa

SHAH ALAM, 17 OGOS: Acara Kumite individu 55 kilogram (kg) wanita menyumbang emas keempat Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Srikah Ganesh menewaskan Adeola Fay Robert dari Sabah ketika perlawanan di Dewan IKBN Miri Sarawak bermula jam 5.30 petang tadi.

Sementara itu acara Kumite individu 55kg lelaki menyumbang pingat gangsa pertama Selangor yang dirangkul Jeevesh Baskaran.

6 petang: Pasukan Gimnastik Berirama Selangor meraih pingat perak dalam acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Pingat emas dimenangi Wilayah Persekutuan sementara gangsa milik Negeri Sembilan.

4 petang: Selangor tewas 2-1 dengan Wilayah Persekutuan dalam perlawanan bola tampar lelaki.

Aksi pemain bola tampar lelaki di SUKMA Sarawak pada 17 Ogos 2024. Foto Facebook Jabatan Penerangan Sarawak

2 petang: Pasukan bola keranjang Selangor menewaskan Melaka dengan keputusan 79-68 dalam perlawanan peringkat kumpulan di Stadium MBKS Pending.

Selangor juga menang 5-0 ke atas Sabah bagi acara badminton dan pasukan sofbol wanita Selangor menang 9-1 ke atas Wilayah Persekutuan. Manakala pasukan lelaki tewas 1-10 ke atas Johor.

Aksi atlet sofbal wanita Selangor ketika menjalani latihan. Foto Facebook MSN Selangor

12 tengah hari: Selangor meraih pingat perak dalam acara sepak takraw berpasukan lelaki. Emas dimenangi Pulau Pinang, Terengganu menang gangsa selepas menewaskan Melaka 2-1 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Atlet sepak takraw Selangor. Foto MSN Selangor

9 pagi: Selangor menyasarkan mengutip empat emas pada hari keempat temasya SUKMA hari ini.

Pingat berkenaan menerusi Yong Meng Keat dalam acara berbasikal, menembak berpasukan lelaki dan sukan karate menerusi G Srikah (wanita) dan B Jeevesh (lelaki).

Semalam, Selangor berada di tangga keenam dengan kutipan tiga emas dan lima perak.


Pengarang :