AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA hari empat: Gimnastik berirama Selangor sumbang pingat perak

SHAH ALAM, 17 OGOS: Pasukan Gimnastik Berirama Selangor meraih pingat perak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak sebentar tadi.

Pingat emas dimenangi Wilayah Persekutuan sementara gangsa milik Negeri Sembilan.

4 petang: Selangor tewas 2-1 dengan Wilayah Persekutuan dalam perlawanan bola tampar lelaki.

Aksi pemain bola tampar lelaki di SUKMA Sarawak pada 17 Ogos 2024. Foto Facebook Jabatan Penerangan Sarawak

2 petang: Pasukan bola keranjang Selangor menewaskan Melaka dengan keputusan 79-68 dalam perlawanan peringkat kumpulan di Stadium MBKS Pending.

Selangor juga menang 5-0 ke atas Sabah bagi acara badminton dan pasukan sofbol wanita Selangor menang 9-1 ke atas Wilayah Persekutuan. Manakala pasukan lelaki tewas 1-10 ke atas Johor.

Aksi atlet sofbal wanita Selangor ketika menjalani latihan. Foto Facebook MSN Selangor

12 tengah hari: Selangor meraih pingat perak dalam acara sepak takraw berpasukan lelaki. Emas dimenangi Pulau Pinang, Terengganu menang gangsa selepas menewaskan Melaka 2-1 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Atlet sepak takraw Selangor. Foto MSN Selangor

9 pagi: Selangor menyasarkan mengutip empat emas pada hari keempat temasya SUKMA hari ini.

Pingat berkenaan menerusi Yong Meng Keat dalam acara berbasikal, menembak berpasukan lelaki dan sukan karate menerusi G Srikah (wanita) dan B Jeevesh (lelaki).

Semalam, Selangor berada di tangga keenam dengan kutipan tiga emas dan lima perak.


Pengarang :