AGENDABERITA UTAMANASIONAL

SUKMA Hari Ke-8: C Teban Raj hadiahkan gangsa ke-11 buat Selangor

SHAH ALAM, 19 OGOS: Selangor menyasar meraih lapan lagi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang memasuki hari keenam hari ini.

Berada di tangga kesembilan ketika ini dengan kutipan lima emas, 13 perak dan tujuh gangsa, Selangor yakin mampu menambah emas menerusi tenis berpasukan (8.30 pagi), lawan pedang (9 pagi) dan sofbol wanita (10.00 pagi).

Selain itu, skuasy campuran (12 tengah hari), kriket lelaki (2.30 petang), taekwando (4 petang), renang (5 petang) dan olahraga (5.30 petang).

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

9.40 pagi: C Teban Raj menghadiahkan gangsa kepada kontinjen Selangor menerusi acara 20,000m lumba jalan kaki lelaki. Johan acara berkenaan milik Atlet Wilayah Persekutuan Khor Jing Hong sementara perak Sriven Tan dari Pulau Pinang.

 


Pengarang :