Atlet serta pegawai Selangor menyertai perbarisan lintas hormat kontinjen negeri pada acara pembukaan Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XXI) Sarawak, 17 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIASELANGOR
AGENDABERITA UTAMA

SUKMA Hari Ke-9: Selangor sasar emas menerusi enam acara

SHAH ALAM, 20 OGOS: Memasuki hari kesembilan Sukan Malaysia (SUKMA), Sarawak selaku tuan rumah kekal mengungguli carta diikuti Wilayah Persekutuan dan Terengganu.

Selangor melonjakkan kedudukan ke tangga keempat berbanding ketujuh sebelum ini hasil sambaran emas menerusi atlet renang 100 meter (m) lelaki, Andrew Goh.

Turut mendapat juara, atlet olahraga 100m (Nur Afrina Batrisya Mohamad Rizal), 5,000m wanita (Esther Joy Hong Li Chen) dan karate kumite berpasukan wanita.

Hari ini, Selangor menyasar memperoleh emas dalam acara bola sepak wanita, ragbi lelaki dan wanita, angkat berat wanita, akuatik, olahraga dan badminton berpasukan campuran.

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

9.53 pagi: Atlet olahraga Wilayah Persekutuan, Kristian Tung menang emas acara 10,000 meter (m) lelaki diikuti Muhammad Farooq Muhammad Zubair Kanan (Perak) dan Nikos Tai Lee Onn (Sabah).

 


Pengarang :