Pemain petanque Selangor Mohd Ayzek Hakimi meraih pingat perak menerusi acara shooting lelaki pada Sukan Malaysia Sarawak di Arena Petanque Santubong, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto ZAREEF MUZAMMIL/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

SUKMA hari lima: Selangor raih perak menerusi petanque

SHAH ALAM, 18 OGOS: Selangor menyasar meraih dua lagi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang memasuki hari lima hari ini.

Berada di tangga kelapan ketika ini dengan kutipan empat emas, tujuh perak dan empat gangsa, Selangor yakin mampu menambah emas menerusi sukan petanque (9.45 pagi) dan golf berpasukan lelaki (3.00 petang).

Tumpuan turut terarah kepada pasukan kriket lelaki dan lima atlet Muay Thai Selangor yang masing-masing mara ke pusingan separuh akhir.

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

1.00 tengah hari: Atlet Wilayah Persekutuan raih emas acara memanah compound 50 meter lelaki sementara atlet Terengganu ungguli kategori wanita.

11.30 pagi: Pemain petanque Selangor Mohd Ayzek Hakimi meraih pingat perak menerusi acara shooting lelaki.

Penyandang pingat emas SUKMA 2022 itu tewas 28-37 kepada peserta Melaka Khairul Amirul Zamrulhisham. Sementara gangsa milik peserta Pahang Muhammad Harith Muhaimin Hafaizul.

Atlet Petanque Selangor Ayzek Hakimi Safingan ketika beraksi pada Sukan Malaysia Sarawak bagi acara petanque (shooting) lelaki di Gelanggang Pentanque Negeri Sarawak, Satubong, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

10:40 pagi: Atlet Wilayah Persekutuan Joachim Chuah raih emas acara skuasy perseorangan lelaki sementara C. Ameeshenraj dari Negeri Sembilan (perak) dan  Low Wa Sern dari Perak (gangsa).

9:30 pagi: Atlet Sabah Yee Xin Ying raih emas pertama dalam acara skuasy menerusi perseorangan wanita.

Xin Ying yang juga pemain kebangsaan menundukkan seorang lagi pemain kebangsaan K Sehveetrra yang mewakili Kedah dengan 9-11, 7-11, 11-8, 11-7, 11-8.

 

 


Pengarang :