AGENDANASIONAL

SUKMA hari lima: Selangor sasar dua emas menerusi petanque, golf

SHAH ALAM, 18 OGOS: Selangor menyasar meraih dua lagi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang memasuki hari kelima hari ini.

Berada di tangga kelapan ketika ini dengan kutipan empat emas, tujuh perak dan empat gangsa, Selangor yakin mampu menambah emas menerusi sukan petanque (9.45 pagi) dan golf berpasukan lelaki (3.00 petang).

Tumpuan turut terarah kepada pasukan kriket lelaki dan lima atlet Muay Thai Selangor yang masing-masing mara ke pusingan separuh akhir.

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

10:40 pagi: Atlet Wilayah Persekutuan Joachim Chuah raih emas acara skuasy perseorangan lelaki.

9:30 pagi: Sabah raih emas pertama dalam acara skuasy menerusi perseorangan wanita.


Pengarang :