Piala FA. Foto Facebook Selangor FC
PBTSELANGOR

Tayangan skrin besar Piala FA di Dataran Shah Alam, orang ramai dijemput hadir

SHAH ALAM, 24 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan tayangan skrin besar Piala FA antara Selangor FC (SFC) dengan Johor Darul Takzim FC (JDTFC) di Dataran Shah Alam.

Justeru, orang ramai dijemput menyaksikan siaran langsung perlawanan peringkat akhir berkenaan bermula jam 9 malam ini.

“Warga Selangor dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada Pasukan Selangor FC. Ayuh sama-sama menyaksikannya!” maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Beliau turut menyeru seluruh penyokong untuk membanjiri stadium dan menjadi pemain ke-12, yang memberikan sokongan tanpa henti bagi membangkitkan semangat perjuangan pemain The Red Giants.

Untuk rekod, kali terakhir skuad Selangor FC merangkul piala berprestij itu pada 2009, manakala kali terakhir mara ke pentas final Piala FA pada 2018.

 


Pengarang :