SHAH ALAM,7 MAC: Amalan berdoa dalam kehidupan adalah matlamat penting bagi memastikan umat Islam terus berada di jalan kebenaran, kata pengarah Akademi Pemikiran Turath.
Ustaz Faiz Fateh Al Azhari ketika kupasan ayat keenam Surah Al-Fatihah menjelaskan doa adalah satu bentuk ibadah yang menzahirkan kehambaan dan kehinaan diri kepada Allah SWT.
“Doa bermaksud permintaan kepada Allah SWT yang mana kita berhajat apa yang dikehendaki dalam kehidupan. Sebenarnya apa yang penting dalam kehidupan kita adalah berdoa supaya kita kekal di jalan lurus dan disebut dalam surah ini.

“Tiada apa yang dapat membawa kita ke jalan yang benar kecuali Islam, bahkan dalam al-Quran juga menyebut asal usul dan tujuan kehidupan.
“Islam adalah agama yang lurus, sederhana dan pengamalannya juga mudah. Terus berdoa kerana ia dapat menzahirkan ibadah, kehambaan pada Allah SWT untuk meminta atau memberi petunjuk,” katanya.
Terdahulu, ayat keenam Surah Al-Fatihah itu dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.
Sementara itu, menutup kupasan, Amirudin menjelaskan ayat tersebut sangat jelas menunjukkan bahawa perlunya umat Islam terus berdoa kerana ia laluan kepada kebenaran dalam kehidupan.
Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.
Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
Episod 5: Konsep tawakal kekuatan umat
📖 Surah Al-Fatihah, Ayat 6
Ayat ini bukan sekadar doa, tetapi satu matlamat penting dalam hidup kita sebagai Muslim. Ulama menafsirkan bahawa Islam adalah jalan lurus, jalan yang membawa cahaya kebenaran.
Dalam episod hari ini, kita akan memahami maksud sebenar jalan yang… pic.twitter.com/DkSz0zXOOk
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) March 7, 2025