SHAH ALAM, 21 MAC: Rasul, nabi, para syuhada dan mereka yang benar dan jujur tergolong dalam kategori muqarrabun iaitu golongan akan mendapat ganjaran besar ketika hari kiamat.
Mengupas ayat tujuh hingga 11 surah Al-Waqiah, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohamed Zabidi berkata mereka merupakan golongan yang mendahului dan lebih utama, memandangkan amalan sentiasa mendampingkan Allah SWT.
“Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan nanti (di akhirat) kita berpecah kepada tiga golongan iaitu pertama golongan kanan, yang paling bahagia. Kedua golongan kiri yang paling seksa dan pedih dan ketiga muqarrabun.
“Allah SWT memotivasikan kita dengan yang baik dahulu dan seksa, barulah kategori muqarrabun. Allah SWT mahu kita mendekatkan diri dan raih ganjaran,” katanya program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar sempena Ramadan.

Sementara Dato’ Seri Amirudin Shari berkata golongan muqarrabun akan mendapat jaminan perlindungan dan nikmat selama-lamanya.
“Ada ruang untuk kita sebab tu adanya Islam dan al-Quran, kita masih ada masa untuk cari kehidupan yang baik,” katanya.
Terdahulu ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.
Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.
Berikut episod sebelum ini:
- Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
- Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
- Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
- Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
- Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
- Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
- Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
- Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
- Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
- Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
- Episod 12: Allah Maha Mengetahui
- Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
- Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
- Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
- Episod 16: Kematian bukan penamat
- Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
- Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
- Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
@amirudinshari 📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 7-11 Tiga golongan pada Hari Kiamat: golongan kanan, golongan kiri, dan golongan yang mendahului (as-sabiqun). Siapakah golongan yang paling hampir dengan Allah? Dalam episod ini, kita menyelami maksud al-muqarrabun, mereka yang benar-benar dekat dengan Allah. Masihkah ada ruang untuk kita menjadi sebahagian daripada mereka? @farhatulfairuzah 30Hari30Ayat Ramadan2025 KitaSelangor