Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah SWT (VIDEO)

SHAH ALAM, 8 MAC: Umat Islam wajib mengikut ajaran nabi supaya termasuk dalam golongan yang diberi nikmat Allah SWT, kata pengarah Akademi Pemikiran Turath.

Mengupas ayat ketujuh Surah Al-Fatihah, Ustaz Faiz Fateh Al Azhari berkata Allah SWT menerangkan golongan berkenaan ialah para nabi dan pengikutnya iaitu mereka yang benar, mati syahid serta melakukan amal soleh.

“Jadi di sini, Allah SWT menyuruh kita mengikut jalan yang baik. Sebab itu penting kita ikut fahaman kenabian, kita ikut petunjuk dari kalangan mereka. Kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang berlawanan, yang sifatnya dimurkai dan sesat.

Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut

“Dalam hadis Tarmizi, Rasulullah SAW menyebut golongan dimurkai ialah yahudi yang memiliki perangai tidak baik serta golongan sesat iaitu orang-orang yang menyeleweng agama.

“Dalam al-Quran banyak menjelaskan mereka ini golongan yang takbur terhadap ajaran nabi dan tidak tahu hujung pangkal. Maka nak elakkan terjerumus perkara bertentangan, kita ikut ajaran nabi dan pengikutnya,” katanya.

Terdahulu, ayat berkenaan dibaca qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.

Sementara itu, Amirudin berkata tujuh ayat terkandung dalam Surah Al-Fatihah dikupas dengan penuh terperinci yang merangkumi aspek iman, Islam, ihsan dan tanda-tanda kiamat.

“Ulasan Ustaz Faiz Fatteh ini soal ketauhidan, kehambaan dan keabdian kepada Allah SWT, kenabian, jalan yang jelas dan lurus, soal keadilan, kehidupan dan juga hari kiamat,” katanya.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan

 


Pengarang :