Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hari kiamat pasti tiba, al-Quran hurai gambaran kejadian serta nasib manusia

SHAH ALAM, 19 MAC: Hari kiamat adalah peristiwa yang pasti berlaku dengan al-Quran memberikan gambaran jelas mengenai kejadiannya.

Mengupas ayat pertama hingga ketiga Surah Al-Waqiah, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata surah itu secara khusus menghuraikan peristiwa itu serta nasib manusia selepasnya.

“Ayat pertama surah ini menyatakan ‘apabila berlaku hari kiamat itu’, di sini isyarat bahawa bila disebut sebagai Waqiah, ia benar-benar berlaku dan pasti berlaku. Berlakunya itu secara tiba-tiba, tiada perkhabaran awal.

“Tidak ada sebarang kedustaan tentang benarnya berlaku hari kiamat dan (ketika berlakunya kiamat) Allah SWT akan merendahkan golongan yang ingkar (dengan perintahNya) dan akan meninggikan golongan yang taat (kepada-Nya),” katanya.

Terdahulu, ayat berkenaan dibaca qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.

Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut

Sementara itu, Amirudin berkata tiga ayat pertama Surah Al-Waqiah itu mengingatkan mengenai suatu hari yang pasti iaitu hari kiamat dan umat manusia perlu menyiapkan diri menemui hari itu.

“Kita diingatkan tentang suatu yang pasti iaitu hari pembalasan atau hari kiamat dan kita perlu menyiapkan (diri). Malah dalam hadis Jibril sebelum ini saya sebutkan mengenai iman, Islam dan ihsan dan tanda-tanda kiamat.

“Ini semua adalah petunjuk kepada orang yang beriman dan orang yang sentiasa ingat mengingati,” katanya.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin ShariMedia Selangor  dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui
  • Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
  • Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
  • Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
  • Episod 16: Kematian bukan penamat
  • Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat

 


Pengarang :