SHAH ALAM, 24 MAC: Kealpaan terhadap tanggungjawab melaksanakan ibadah dan terus melakukan dosa akan membawa kepada kehidupan merugikan di akhirat.
Mengupas ayat ke-41 hingga ke-46 Surah Al-Waqiah, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata ayat itu menerangkan mengenai golongan ashabul syimal yang menerima catatan amalan dengan tangan kiri di akhirat.
Katanya, mereka ini adalah golongan yang di dunia memilih untuk hidup dalam kealpaan, lebih mengutamakan kenikmatan duniawi dan enggan bertaubat dari dosa besar.
“Mereka itu di neraka. Diseksa dalam neraka yang membakar dan air menggelegak, angin yang membakar dengan asap hitam. Ini gambaran mengerikan, tidak ada kedamaian.
“Tidak indah, tidak selesa dan tiada kesenangan. Tiada belas kasihan. Begitulah keadaan di neraka. Sikit saja Allah SWT terangkan tentang keadaan neraka, tapi sudah cukup kita faham bahawa keadaannya begitu ngeri.
“Jadi bagaimana penghuninya? Mereka itu dulu sentiasa cintakan dunia. Lalai dengan kemewahan dunia dan lalai mengingati Allah serta patuh pada hukum-Nya. Keras kepala dalam melakukan dosa dan tidak fikir untuk bertaubat,” katanya.

Terdahulu, ayat berkenaan dibaca qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.
Sementara itu, Amirudin berkata kita perlu berusaha menjauhkan diri daripada menjadi golongan yang berbangga dengan dosa, cinta pada dunia dan memastikan jiwa kita sentiasa ada rasa ingin bertaubat atas dosa yang dilakukan.
“Jauhkanlah diri kita daripada menjadi ashabul syimal yang cintakan dunia dan istiqamah serta rasa tidak bersalah dengan dosa besar,” katanya.
Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.
Berikut episod sebelum ini:
- Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
- Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
- Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
- Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
- Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
- Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
- Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
- Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
- Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
- Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
- Episod 12: Allah Maha Mengetahui
- Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
- Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
- Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
- Episod 16: Kematian bukan penamat
- Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
- Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
- Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
- Episod 20: Golongan benar, jujur peroleh ganjaran besar di hari kiamat
- Episod 21: Hindari lakukan dosa, terus berbuat baik demi ganjaran syurga
- Episod 22: Golongan taat, tunduk nafsu dijanji nikmat luar biasa
📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 41-46
Dalam episod ke-23 ini, kita menyelami kisah ashabul syimal, golongan yang menerima catatan amalan dengan tangan kiri. Ayat ini menggambarkan azab yang pedih di akhirat akibat kealpaan terhadap dunia dan keengganan bertaubat daripada dosa besar.… pic.twitter.com/Zkk41UAupj
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) March 24, 2025