SHAH ALAM, 22 MAC: Umat Islam perlu menghindari diri daripada melakukan perkara yang mendatangkan dosa supaya beroleh ganjaran syurga seperti dijanjikan Allah SWT.
Mengupas ayat ke 12 hingga 26 surah al-Waqi’ah, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata gambaran syurga dalam al-Quran itu amat indah dan terlalu besar.
“Di syurga nanti penuh nikmat dan kesenangan…ada pelayan, hidangan dari sungai mengalir, makanan dan minumannya tidak akan buat kita sakit. Di syurga tidak ada perkara sia-sia yang menyebabkan dosa.
“Ahli syurga tidak buat perkara sia-sia. Oleh itu, kita perlu melatih diri menjadi ahli syurga semasa di dunia iaitu tidak ada sia-sia, jauhi perkara mendatangkan dosa dan sentiasa menjadi asbab kebaikan.
“Dengan perwatakan seperti itu, Allah SWT akan beri ganjaran seperti dikatakan dalam surah ini dan masukkan kita dalam golongan al-muqarrabun,” katanya.
Terdahulu, ayat berkenaan dibaca qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar sempena Ramadan.
Dalam pada itu, Dato’ Seri Amirudin Shari mengajak semua umat Islam terus berbuat kebaikan dan tidak melakukan perkara yang sia-sia supaya dimasukkan dalam golongan al-muqarrabun.
Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.
Berikut episod sebelum ini:
- Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
- Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
- Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
- Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
- Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
- Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
- Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
- Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
- Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
- Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
- Episod 12: Allah Maha Mengetahui
- Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
- Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
- Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
- Episod 16: Kematian bukan penamat
- Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
- Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
- Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
- Episod 20: Golongan benar, jujur peroleh ganjaran besar di hari kiamat
@amirudinshari 📖 Surah Al-Waqi’ah: Ayat 12 – 26 Syurga itu nyata, nikmatnya terlalu besar untuk digambarkan. Dalam episod kali ini, kita menelusuri perihal ganjaran istimewa buat golongan Muqarrabun, ahli syurga yang paling istimewa. Hidangan lazat, suasana damai, dan pergaulan penuh kesejahteraan menjadi balasan bagi mereka yang ikhlas beramal. Bagaimana kita boleh mula melatih diri untuk menjadi seperti mereka? Apa sifat yang perlu dibentuk sejak di dunia? Ketahui lebih dalam bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam episod ke-21 ini. @farhatulfairuzah 30Hari30Ayat Ramadan2025 KitaSelangor