SHAH ALAM, 28 MAC: Hari akhirat merupakan tanda kasih dan sayang Allah Subhanahuwataala (SWT) kepada hambanya, bukan hanya tempat seksaan semata-mata.
Mengupas ayat 68 hingga 74 surah Al-Waqiah, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohamed Zabini berkata akhirat itu akan menjadi hari pembalasan untuk umatnya yang dianiaya ketika di dunia.
“Akhirat ini tanda kasih sayang Allah SWT. Contohnya kalau kita dizalimi di dunia, akan ada pembalasan di akhirat. Ini bagi peringatan supaya kita tak zalimi orang lain.
“Segala seksaan dalam neraka juga bukan sebab Allah nak seksa tetapi nak memotivasikan kita betapa indahnya syurga.
“Nak kita masuk syurga, bandingkan antara syurga dan neraka. Jadi kita kena kekal puji Allah SWT dan jadi hamba yang bersyukur,” katanya pada program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar sempena Ramadan.

Sementara Dato’ Seri Amirudin Shari berkata surah berkenaan menceritakan tentang rahmat Allah SWT yang menyeluruh semenjak umatnya lahir
“Ini semua tanda kasih sayang Allah SWT termasuk hari akhirat. Kita boleh capai (syurga) kalau ada keimanan kepada Allah,” katanya.
Terdahulu ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.
Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.
Berikut episod sebelum ini:
- Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
- Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
- Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
- Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
- Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
- Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
- Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
- Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
- Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
- Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
- Episod 12: Allah Maha Mengetahui
- Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
- Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
- Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
- Episod 16: Kematian bukan penamat
- Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
- Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
- Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
- Episod 20: Golongan benar, jujur peroleh ganjaran besar di hari kiamat
- Episod 21: Hindari lakukan dosa, terus berbuat baik demi ganjaran syurga
- Episod 22: Golongan taat, tunduk nafsu dijanji nikmat luar biasa
- Episod 23: Hindar diri jadi golongan ashabul syimal
- Episod 24: Persediaan hadapi hari kiamat
- Episod 25: Allah berkuasa cipta hari kiamat
- Episod 26: Umat Islam perlu sentiasa ikat usaha keduniaan dengan akhirat
@amirudinshari 📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 68–74 Air yang kita minum, api yang kita nyalakan, tanaman yang tumbuh, dan zuriat yang lahir — semua ini adalah nikmat yang Allah ciptakan dengan kasih sayang-Nya. Episod ke-27 ini membawa kita merenungi bagaimana keagungan ciptaan Allah menjadi hujah kukuh akan kewujudan dan kepastian Hari Akhirat. Segalanya bukan sekadar peringatan, tapi tanda cinta Allah buat hamba-Nya. Ikuti perbincangan penuh bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam 30 Hari 30 Ayat hanya di platform rasmi! @farhatulfairuzah 30Hari30Ayat Ramadan2025 KitaSelangor