Lelaki 1:
Kenapa tidak kau
mengawal angin supaya
pelita tidak terpadam
membiarkan kamar
dalam kegelapan
Lelaki 2:
tidakkah kau semakin gementar
dalam kegelapan
suara angin di luar semakin mencabar
menggugah rasa tenang.
akalku menyelam ke dasar
sampai bila mahu kudakap kegelapan
sambil menyimpan niat yang mekar.
Lelaki 3:
“kaukah yang menyala pelita itu
warna kamar yang hitam kembali cerah
benarlah kata kalian
kegelapan bukan tempat yang selamat
desir angin di luar sana sentiasa menerjah
membolosi dinding kamar yang menjerat!
Ismail Hashim