Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rezeki datang dari Allah, umat Islam perlu manfaat, syukuri nikmat

SHAH ALAM, 18 MAC: Umat Islam perlu memanfaatkan dan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT.

Pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid berkata ini kerana, rezeki yang manusia peroleh datang daripada Allah.

“Rezeki yang kita peroleh bukan hadir daripada usaha kita sahaja sebaliknya ianya datang daripada Allah…siapa mengeluarkan air untuk dimanfaatkan, hanya Allah.

“Kita perlu memanfaatkan nikmat diberi Allah, dengan kita meyakini dan bersyukur nikmat yang ada akan kekal manakala nikmat yang belum ada akan diberi,” katanya ketika menghurai Surah Al-Mulk ayat 28 hingga 30 menerusi Program 30 Hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar.

Dalam pada itu, Habib Ali berkata manusia juga perlu berpegang kepada konsep sentiasa beriman dan bertawakal kepada Allah dalam apa juga situasi.

Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut

“Iman dan tawakal tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Iman percaya pada Allah dan tawakal berserah kepada Allah.

“Dalam hidup kalau kita bertawakal, Allah akan tolong kita atas apa sahaja kita serahkan pada Allah kerana Allah sahaja yang akan membantu hamba-Nya,” katanya.

Terdahulu tiga ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui
  • Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
  • Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
  • Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
  • Episod 16: Kematian bukan penamat

Pengarang :