Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Taat perintah Allah SWT, hindari diri dari seksa api neraka (VIDEO)

SHAH ALAM,11 MAC: Umat Islam diingatkan untuk terus patuh dan beriman dengan perintah Allah SWT bagi menghindarkan diri dari seksaan api neraka, jelas pendakwah bebas.

Mengupas ayat ketujuh hingga sembilan surah al-Mulk, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkata al-Quran memberi peringatan tentang dahsyatnya hukuman Allah SWT kepada mereka yang ingkar.

“Allah SWT menceritakan syurga supaya umatnya suka beramal ibadat dan neraka pula agar mereka risau serta takut untuk dihukum dengan api neraka.

“Dahsyatnya azab ini digambarkan mereka merasai kepanasan dan mendidih api neraka itu biarpun tidak sampai lagi. Ini untuk menarik perhatian supaya takut dan risau dengan pelanggaran atau ingkar perintah-Nya.

“Api neraka adalah untuk mereka yang menderhaka, ingkar dan tidak mahu beriman kepada Allah SWT,” katanya pada program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar sempena Ramadan.

Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut

Dalam pada itu, Dato’ Seri Amirudin Shari menyeru supaya berhati-hati dengan langkah dalam kehidupan agar menjadi umat Islam yang baik dan patuh dengan ajaran Allah SWT.

Terdahulu ayat ketujuh hingga sembilan surah Al-Mulk berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan surah al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
@amirudinshari

📖 Surah Al-Mulk, Ayat 7-9 Ayat ini menggambarkan betapa dahsyatnya azab neraka bagi mereka yang ingkar kepada Allah SWT. Gambaran neraka yang menggelegak adalah peringatan khusus buat kita semua. Bagaimana peringatan ini membentuk kesedaran kita dalam kehidupan seharian? Saksikan perbincangan eksklusif dalam episod ke-10 30 Hari 30 Ayat, hanya di platform rasmi! @farhatulfairuzah @habib.ali.zaenal8 30Hari30Ayat Ramadan2025 KitaSelangor

♬ bunyi asal – Amirudin Shari – Amirudin Shari


Pengarang :