Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah

SHAH ALAM, 14 MAC: Umat Islam diingatkan agar sentiasa bersyukur dan bertakwa kepada Allah SWT dalam mencari rezeki, jelas pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Habib Ali Zaenal Abidin ketika menghurai ayat ke-16 hingga 18 Surah Al-Mulk berkata ini kerana, setiap perbuatan yang hamba Allah lakukan akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak.

“Diperintahkan untuk kita cari rezeki, namun kita juga diperintah supaya bersyukur dengan rezeki yang diberi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.

Menurut beliau, ayat itu juga mengingatkan umat Islam untuk hindari kejahatan dan maksiat kerana azab Allah mungkin turun ketika mereka sedang melakukan perbuatan itu.

Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut

“Surah ini peringatan dari Allah kepada umat Islam daripada melakukan maksiat atau perbuatan yang zalim, mungkin saja saat azab akan turun ketika melakukan maksiat atau kejahatan atau mungkin nyawa diambil ketika melakukan perbuatan itu,” katanya.

Terdahulu tiga ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui

Pengarang :