Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
BERITA UTAMASELANGOR

Umat Islam diperintah dengar, faham dan amal perkara baik (VIDEO)

SHAH ALAM, 12 MAC: Umat Islam diperintahkan oleh Allah SWT untuk mendengar, memahami dan mengamalkan perkara yang baik, kata pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Menghurai ayat ke-10 hingga 12 Surah Al-Mulk beliau berkata ayat itu memberi peringatan agar umat Islam tidak menyesal dengan azab Allah di akhirat.

“Dalam ayat ini, Allah SWT menggambarkan keadaan golongan manusia yang dicampakkan ke dalam neraka, menyesali keengganan mereka untuk mendengar dan memahami kebenaran semasa hayat mereka.

“Pintu untuk mendapat pemahaman adalah dari pendengaran, pendengaran bukan hanya pada telinga tapi sejauh mana kita pilih yang mana patut dengar, terima dan mana yang patut kita dengar kita tolak.

Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut

“Penyesalan di akhirat amat luar biasa, mereka mengaku menyesal tapi sudah tak ada makna,” katanya program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar sempena Ramadan.

Sementara Amirudin berkata, ayat itu bertepatan dengan pepatah Melayu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Mengambil iktibar ayat itu, Amirudin menyeru umat Islam agar terus bertaubat dan menghayati kemulian bulan Ramadan.

“Jadi marilah kita teruskan bertaubat, bermunajat kepada Allah. Ramadan bukan sahaja turunnya al-Quran. Tetapi bulan untuk kita bertaubat kepada Allah dan menjadi satu permulaan baharu untuk hari-hari baharu.

“…dan bersihnya kita keluar dari Ramadan seumapama kain putih setelah kita menyuci dosa di bulan Ramadan melalui madrasah Ramadan,” katanya.

Terdahulu dua ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
@amirudinshari

📖 Surah Al-Mulk, Ayat 10-12 Dalam ayat ini, Allah SWT menggambarkan keadaan golongan manusia yang dicampakkan ke dalam neraka, menyesali keengganan mereka untuk mendengar dan memahami kebenaran semasa hayat mereka. Bagaimana kita boleh mengambil iktibar dari ayat ini? Bagaimana pendengaran dan kefahaman memainkan peranan penting dalam membentuk iman kita? Sertai perbincangan mendalam dalam episod ke-11, 30 Hari 30 Ayat, bersama Habib Ali Zaenal Abidin Hamid di platform digital rasmi! @farhatulfairuzah @habibalialhamidofficial 30Hari30Ayat Ramadan2025 KitaSelangor

♬ original sound – Amirudin Shari – Amirudin Shari

 


Pengarang :