Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran 30 hari 30 ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan dan Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi
SELANGOR

Umat Islam perlu sentiasa ikat usaha keduniaan dengan akhirat

SHAH ALAM, 27 MAC: Setiap usaha umat Islam untuk survival keduniaan perlu diikat dengan keakhiratan, kata Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi mengupas ayat ke-57 hingga ke-62 Surah Al-Waqiah.

Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata ayat itu mengajak manusia berfikir bahawa setiap yang Allah kehendaki akan terjadi dan manusia akan menyesal dan rugi apabila ingkar.

“Dalam ayat ini Allah menyebut tentang pertanian. Kalau kami kehendaki kami akan jadikan tanaman itu kering hancur, maka kamu akan menyesal dan kerugian.

“Hingga akhirnya kita tak terlepas daripada tujuan kita diciptakan iaitu untuk diuji. Itulah yang kena kita insafi bila baca Surah Al-Waqiah ini,” katanya.

Terdahulu, ayat berkenaan dibaca qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.

Sementara itu, Amirudin berkata umat Islam tidak boleh mengingkari hari kiamat, apatah lagi cuba menafikan.

“Ini persoalan yang begitu panjang dalam ayat-ayat ini, persoalan keimanan kita dan Allah uji keimanan bukan hanya percaya ciptaanNYA sahaja, tetapi kiamat yang kekal selamanya,” katanya.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui
  • Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
  • Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
  • Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
  • Episod 16: Kematian bukan penamat
  • Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
  • Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
  • Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
  • Episod 20: Golongan benar, jujur peroleh ganjaran besar di hari kiamat
  • Episod 21: Hindari lakukan dosa, terus berbuat baik demi ganjaran syurga
  • Episod 22: Golongan taat, tunduk nafsu dijanji nikmat luar biasa
  • Episod 23: Hindar diri jadi golongan ashabul syimal
  • Episod 24: Persediaan hadapi hari kiamat
  • Episod 25: Allah berkuasa cipta hari kiamat

Pengarang :