BUDAYARENCANA

Debu

kelak tinta pun akan mengering.
kata-kata menemui tempat
di lembaran halaman
walaupun erti
belum lagi.

hari tidak berubah mahupun mengubah.
kecuali ia sesuatu yang tidak boleh
dihentikan. seperti anak sungai.
atau ia sebuah pilihan. bak
kapas & benang.

apakah yang telah dibawa oleh cecair
gelap yang menyurih dada kertas?
apakah kegunaan pukat & jarum—
selain menangkap;
menjahit?

mengapa kata-kata
perlu difahami dahulu,
barulah diizinkan memiliki
sebarang nilai tambah
atau tujuan?

sedangkan
debu juga,
di waktu air tiada,
menemukan
makna.

 

Jack Malik


Pengarang :