ISTANBUL, 5 APRIL: Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda luar pantai Papua New Guinea awal pagi Sabtu waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
USGS dalam kenyataan ringkas memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (6 batu) dan berpusat kira-kira 194 kilometer (121 batu) dari bandar Kimbe.
Gempa bumi itu berlaku pada 6.04 pagi Sabtu waktu tempatan.
Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.
— BERNAMA-ANADOLU