Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengeluarkan seorang mangsa hidup yang telah terperangkap di bawah runtuhan bangunan susulan gempat bumi kuat di Myanmar pada 2 April 2025. Foto Facebook Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia.
AGENDAGLOBAL

Gempa bumi di Myanmar: Mandalay paling teruk terjejas, seramai 2,053 maut, 210 masih hilang

YANGON, 4 APRIL: Mandalay di tengah Myanmar merupakan kawasan paling teruk terjejas selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 menggegar negara itu Jumaat lepas, lapor Xinhua.

Menurut akhbar harian Myanma Alinn pada Jumaat, seramai 2,053 orang terkorban, 2,691 cedera dan 210 lagi masih hilang setakat Khamis.

Sementara itu, ibu negara Nay Pyi Taw mencatatkan 511 kematian, 842 kecederaan dan sembilan orang hilang, diikuti wilayah Sagaing dengan 471 kematian, 688 kecederaan dan dua orang hilang.

Radio dan Televisyen Myanmar melaporkan bahawa setakat Khamis, jumlah kematian akibat gempa bumi di seluruh negara meningkat kepada 3,145 orang, dengan 4,589 cedera dan 221 masih hilang.

–BERNAMA-XINHUA

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berusaha mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan susulan gempa bumi kuat di Myanmar pada 31 Mac 2025. Foto Facebook Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia

Pengarang :