SHAH ALAM, 7 APRIL: Kerajaan Negeri membelanjakan RM7.356 juta bagi menampung kos sewaan rumah kepada 613 keluarga insiden letupan saluran gas. Jumlah itu merangkumi sumbangan RM2,000 kepada setiap keluarga sepanjang enam bulan, anggaran tempoh untuk mangsa membaiki atau membina semula rumah.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengumumkan 81 pemilik rumah yang musnah akibat insiden letupan gas menerima sumbangan RM10,000 iaitu RM5,000 disalurkan kerajaan persekutuan manakala separuh lagi sumbangan Petronas.
Selain itu 76 pelajar dari dua pusat pemindahan sementara (PPS) menggunakan perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) ke sekolah bermula hari ini.
Perkhidmatan itu disediakan dalam tempoh dua minggu bergantung kepada pengoperasian PPS.
Berikut antara rangkuman laporan pada hari ini:
1. Pelajar Putra Heights terjejas guna khidmat van transit ke sekolah
Seramai 76 pelajar dari dua pusat pemindahan sementara (PPS) menggunakan perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) ke sekolah bermula hari ini.
Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Nur Mohd Razali Abdullah berkata jumlah itu melibatkan 42 murid sekolah rendah dan 34 pelajar sekolah menengah dari 19 sekolah.
https://selangorkini.my/2025/04/pelajar-putra-heights-terjejas-guna-van-transit-ke-19-sekolah/
2. Pihak berkuasa teruskan kerja sedut air di kawasan kawah
Memasuki hari ketujuh kejadian letupan dan kebakaran saluran gas, pihak berkuasa masih meneruskan kerja-kerja mengeluarkan air bertakung di kawasan kawah yang terbentuk di ‘ground zero’ ekoran hujan sejak beberapa hari lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata paras air bertakung meningkat sedikit pagi ini disebabkan hujan malam tadi.
3. Mangsa tragedi harapkan bantuan, sokongan untuk bina semula kehidupan
Tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda malah turut mencederakan beberapa penduduk.
Meskipun pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan, mangsa masih menaruh harapan agar lebih banyak bantuan dan bentuk sokongan bagi membina semula kehidupan mereka yang terjejas. https://selangorkini.my/2025/04/mangsa-tragedi-putra-heights-harapkan-bantuan-sokongan-bina-semula-hidup/
4. Insiden kebakaran saluran paip gas tidak mematahkan semangat pelajar terkesan untuk meneruskan sesi persekolahan hari ini.
Biarpun tanpa pakaian seragam lengkap, mereka tetap teruja untuk kembali ke sekolah selepas tamat cuti Aidilfitri.
5. SAFM beri rawatan, makanan percuma untuk haiwan terkesan
Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menawarkan rawatan dan makanan percuma kepada haiwan terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas termasuk haiwan jalanan.
https://selangorkini.my/2025/04/safm-beri-rawatan-makanan-percuma-untuk-haiwan-terkesan-kebakaran/
6. Elektrik stabil, bekalan gas terganggu di beberapa kawasan
Bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia kekal stabil manakala bekalan gas terganggu di beberapa kawasan di zon tengah susulan kebakaran paip gas, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
7. Mangsa masih trauma terkenang api menjulang tinggi, rumah bergegar
Seorang mangsa kebakaran saluran paip gas, Jun Choung, 29, mengakui masih trauma dengan kejadian berkenaan.
https://selangorkini.my/2025/04/mangsa-masih-trauma-terkenang-api-menjulang-tinggi-rumah-bergegar/
8. MB umum pemilik rumah musnah terbakar terima bantuan RM10,000
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan 81 pemilik rumah yang musnah akibat insiden letupan gas menerima sumbangan segera berjumlah RM10,000 iaitu RM5,000 disalurkan kerajaan persekutuan manakala separuh lagi sumbangan Petronas.
9. Selangor tanggung kos sewa rumah mangsa selama enam bulan
Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM7.356 juta bagi menampung kos sewaan rumah 613 keluarga insiden letupan saluran gas Petronas.
Dato’ Menteri Besar berkata jumlah berkenaan merangkumi sumbangan RM2,000 kepada setiap keluarga sepanjang enam bulan, anggaran tempoh untuk mangsa membaiki atau membina semula rumah.
https://selangorkini.my/2025/04/selangor-tanggung-kos-sewa-rumah-mangsa-selama-enam-bulan/
10. Usaha pulihkan kawasan kebakaran, mangsa giat dijalankan
Usaha berterusan giat dilaksanakan bagi menangani kesan kebakaran dan letupan paip gas termasuk membantu mangsa dan memulihkan kawasan terjejas.
https://selangorkini.my/2025/04/usaha-pulihkan-kawasan-kebakaran-paip-gas-mangsa-giat-dijalankan/
11. 235 mangsa dapatkan khidmat kaunseling
Seramai 235 mangsa insiden kebakaran saluran paip gas mendapatkan khidmat kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) sejak ia dibuka minggu lalu, maklum Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
12. Guru dihantar bantu pelajar trauma, pastikan sesi pembelajaran diteruskan
Guru akan dihantar ke PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights bagi membantu mangsa insiden letupan saluran gas meneruskan pelajaran.
Tindakan itu diambil selepas melihat ramai mangsa dalam kalangan pelajar masih trauma, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
13. Pastikan kebajikan kanak-kanak terjaga, negeri sedia aktiviti di PPS
Peralatan permainan untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa kebakaran akibat letupan paip gas di Putra Heights, disediakan di pusat pemindahan sementara (PPS), menurut EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari.
https://selangorkini.my/2025/04/pastikan-kebajikan-kanak-kanak-terjaga-negeri-sedia-aktiviti-di-pps/
14. Majlis Rumah Terbuka Parlimen Sepang dibatalkan
Majlis Rumah Terbuka Parlimen Sepang KASIH D’Aidilfitri yang dijadualkan 19 April (Sabtu) dibatalkan, kata Ahli Parlimen Sepang Datuk Aiman Athirah Sabu.
15. Kerja kukuhkan tapak insiden Putra Heights bermula petang ini
Kerja pengukuhan dan menstabilkan tapak lokasi insiden letupan akan dilaksana mulai petang ini bagi membolehkan pasukan penyiasatan teknikal menjalankan siasatan lanjut yang dijangka bermula 15 April ini, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
https://selangorkini.my/2025/04/mb-kerja-kukuhkan-tapak-insiden-putra-heights-bermula-petang-ini/
16. 40 pelajar terjejas terima bantuan persekolahan
Seramai 20 pelajar yang terjejas insiden letupan paip gas yang menghuni PPS Dewan Camelia menerima bantuan kelengkapan sekolah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).
https://selangorkini.my/2025/04/letupan-saluran-gas-40-pelajar-terjejas-terima-bantuan-persekolahan/
17. KPN: Unsur jenayah, kecuaian bukan fokus tunggal siasatan kebakaran
Meskipun elemen jenayah dan kecuaian menjadi antara fokus siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), faktor lain turut diambil kira dalam usaha mengenal pasti punca kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata antara faktor yang sedang dipertimbangkan termasuk pergerakan tanah di bawah permukaan lokasi kejadian.
18. Anggota bomba kongsi detik gerun di kawasan kawah
Pasukan penyiasat teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyiasat kawasan sekitar kawah yang terbentuk akibat letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lalu perlu berhati-hati dalam setiap Langkah.
Penguasa Kanan Bomba I, Noor Shaifful Nizam Sulaiman, 41, berkata kebimbangan mereka bukan sekadar mengenai keadaan tanah yang tidak stabil, tetapi juga risiko sisa gas yang masih tertinggal di kawasan tersebut.