GLOBALSUKANKINI

Coppa Italia: Juventus-AC Milan ke pentas akhir

OLEH AFIX REDZUAN

ITALI, 1 MAC: Juventus dan AC Milan akan membuat perhitungan akhir Coppa Italia selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Miralem Pjanic, pada minit ke-75 sudah cukup membantu Juventus menewaskan Atlanta 1-0, pada perlawanan separuh akhir kedua.

Juventus mara dengan agregat 2-0.

Sementara AC Milan terpaksa menanti hingga ke penentuan sepakan penalti sebelum menang, 4-5 ke atas Lazio selepas terikat tanpa jaringan selama 120 minit, pada aksi di gelanggang lawan.

Kedua pasukan turut buntu mencatatkan jaringan, pada perlawanan separuh akhir pertama.

Dua kelab gergasi Serie A, Italy itu akan bertemu, pada 10 Mac ini di Stadium Olimpico, Rome.

Kredit Foto: Google

 


Pengarang :