PBTSELANGOR

MPK komited teruskan agenda LCC

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 12 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) komited meneruskan agenda Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon (LCC) yang dimulakan 2016 sehingga 2027 sebagai agenda utama.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata selaras hasrat itu, MPK akan memulakan secara khusus tahun ini membabitkan peringkat sekolah di daerah Klang.

Katanya, sebelum ini program generasi hijau dan teknologi hijau sudah memasuki sekolah namun ia berbeza dengan program bandar rendah karbon itu.

“Ianya lebih terperinci dan boleh diukur dengan penanda arasnya adalah kadar penurunan karbon yang dikira melalui sistem khas iaitu system LCCF track dan system BCiS.

“Selepas ini MPK akan meneruskan usaha ke bangunan-bangunan kerajaan pula untuk tahun ini,” katanya.

Pada masa sama, Yasid berkata MPK turut giat melaksanakan program itu antara lain seperti program kitar semula sampah dan minyak masak, pasalewa, pemasangan solar dan lampu LED, pemasangan EV charger.
Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).

“Perluasan kawasan LCC dari bangunan MPK ke bangunan lain bukan sahaja memastikan MPK mengekalkan prestasi yang baik di dalam mengurangkan kadar pengurangan karbon sehingga tahun 2027 tetapi bagi memastikan kemampanan Bandar Klang demi generasi akan datang,” katanya.

Terdahulu, MPK merupakan di antara lima PBT perintis di Selangor perlu melaksanakan LCC sekaligus menyaksikan MPK melancarkan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon MPK 2027, tahun lalu.

Lapan strategi utama digariskan dalam merealisasikan hasrat itu antaranya membabitkan program kesedaran budaya, perolehan hijau MPKlang, perkhidmatan cekap sumber dan pelan tindakan pembangunan.

Fasa1 Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang (2017), fasa 2 Projek Pemaju Swasta (2017), fasa 3 Pusat Konvensyen Komuniti MPK (2018), fasa 4 bangunan agensi kerajaan (2018), fasa 5 bangunan perdagangan pejabat (2018), fasa 6 bangunan kemudahan masyarakat (2020), fasa 7 Institusi Pendidikan (2021) dan fasa 8 Projek Aliran Transit Ringan (LRT3).

=EZY=

 


Pengarang :