NASIONAL

SPR digesa lancarkan proses pengundian, elak beratur panjang

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 9 MEI: Calon P105 Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempercepatkan proses pembuangan undi apabila mencetuskan kemarahan pengundi kerana menuggu terlalu lama.

Menurutnya, hasil tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Damansara, Bukit Gasing mendapati hanya 50 pengundi sudah menjalankan tanggungjawab mengundi dalam tempoh dua jam.

“Kalau keadaan terus begini saya rasa kita tidak boleh capai peratusan mengundi yang tinggi.

“Saya menyeru supaya SPR mempercepatkan proses pembuangan undi kerana ada yang marah. Kita tidak boleh halang orang nak mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Tropicana, Petaling Jaya.

Maria sebelum itu turut meninjau perkembangan proses pembuangan undi di SMl Assunta sebelum tiba di sini sekitar jam 11.15 pagi bagi membuang undi.

Beliau tiba bersama tiga anak lelakinya, Azemi Maria Mohamad Yunus, 22, Aziman Maria Mohamad Yunus, 23 dan Azumin Mohamad Yunus, 25, yang bakal mengundi buat pertama kali pada PRU-14.

=EZY=


Pengarang :