epa06748392 Police and military personnel work among the wreckage of the Boeing-737 plane that crashed shortly after taking off from the Jose Marti airport in Havana, Cuba, 18 May 2018. Most of the more than one hundred people who died today when a plane crashed near the Havana airport were Cubans, except for five foreign passengers whose nationality is still unknown and crew members, who were Mexicans. EPA-EFE/Omara García
GLOBAL

Lebih 100 maut Boeing 737 terhempas di timur Cuba

HAVANA 19 MEI: Lebih daripada 100 penumpang terbunuh manakala tiga lagi terselamat dalam tragedi membabitkan pesawat Boeing 737 yang terhempas semalam.

Pesawat itu yang sedang dalam penerbangan domestik ke Holguin di timur Cuba, terhempas sejurus selepas meninggalkan Havana pada jam 11 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pesawat berkenaan membawa bersama 104 atau 105 penumpang termasuk lima kanak-kanak dan sembilan kru pesawat.

Media tempatan juga melaporkan, lima daripada penumpang termasuk kru pesawat itu adalah rakyat asing.

Ia disahkan kerajaan Mexico yang memberitahu rakyat mereka adalah antara penumpang terbunuh dalam nahas terbabit.

A rescue team member works at the wreckage of a Boeing 737 plane that crashed in the agricultural area of Boyeros, around 20 km (12 miles) south of Havana, shortly after taking off from Havana’s main airport in Cuba, May 18, 2018. REUTERS/Alexandre Meneghini

Presiden Miguel Diaz-Canel dalam satu kenyataan menerusi stesen televisyen berkata, kemalangan berkenaan adalah berita buruk buat negaranya, berikutan jumlah kematian yang tinggi.

“Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran pada pesawat itu dan pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti kesemua mayat.

“Punca nahas masih belum diketahui dan ia masih dalam siasatan,” katanya.

Seorang saksi, Gilberto Menendez yang mengusahakan restoran berhampiran lokasi kejadian di kawasan pertanian Boyeros berkata, beliau dan pelanggan mendengar beberapa letupan sebelum melihat asap tebal berkepul di udara.

SUMBER/ FOTO: REUTERS


Pengarang :