Seperti biasa, matari bangkit menyelak malam
dan kau harus bangun seperti pagi-pagi biasa
meninggalkan aku dan kamar yang masih hangat
katamu, aku bukan penyatap anggur, aku harus
keluar rumah, menanam benih wang dalam
poket kita. tapi sayang, hari ini hari cuti
perlukah kau bergegas ke pejabat lagi?
Pap! bibirmu bergincu, katamu
hari ini hari rabu, abang.
tapi sayang, kau lupakah pak
menteri umumkan hari ini cuti? katanya
ada pilihan besar perlu dibuat hari ini.
Punggungmu masih melekap di kerusi
meja solek, kau mendiamkan segala
keghairahanmu, tanganmu, sebentar tadi
sejenak, kau berucap, pilihan seperti kamu, ia
lelaki yang mahukan segala yang terbaik
tapi tidak pernah menjadi yang terbaik.
Jam berdenting 5 petang, orang di sekolah
merenung tajam segala keping-keping undi di
dalam kotak, borang 14 keluar bagai harimau
mengekah mulut dan tangan sesiapa yang masih
tinggal, kita begini saja di hadapan televisyen
membiarkan watak yang dimenang atau dikalah
kita saling mengetap dan menatap, bibirmu, bibirku
mencicip fantasi erotis yang manis, mengharap
malam penuh nikmat, sebelum datang
esok yang panjang
esok yang penuh sesalan.
Umbra FT Penumbra