PENDIDIKANSELANGOR

Pusat Islam UNISEL jayakan Ceramah Bulanan sempena Maal Hijrah 1440H

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 16 SEPT: Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Islam mengadakan Majlis Ceramah Bulanan bersempena sambutan Maal Hijrah 1440H di Dewan Kuliah 2, Kampus Shah Alam, semalam.

Ceramah selama sejam itu disampaikan Timbalan Ketua Unit Strategik Yayasan Takmir Pendidikan, Mohd Naim Mohd Noor, bertajuk “Hijrah Perubah Lembaran Sejarah” yang mengupas mengenai penghayatan erti dan sejarah Maal Hijrah.

Beliau berkata, hijrah adalah satu pengorbanan dan perjuanga dan untuk melakukan penghijrahan harus ada satu persediaan.

“Saya menyeru agar semua umat Islam berhijrah kerana setiap hijrah yang dilakukan pasti akan ada ganjaran.

“Dengan melakukan penghijrahan akan menjadi penyelamat kepada kita semua daripada terus melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT,” katanya ketika berucap pada majlis itu, di sini.

Terdahulu, majlis yang berakhir kira-kira jam 1 petang itu turut dihadiri Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman; Pengarah Pusat Islam, Dr Ahmad Zaki Abdul Latiff serta barisan pengurusan tertinggi UNISEL.


Pengarang :