PBTSELANGOR

KM7.2 tutup berperingkat beri laluan kerja pembaikan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) akan menutup laluan di Kilometer (KM) 7.2 secara berperingkat, bagi menjalankan kerja pemasangan struktur rasuk jejantas motosikal.

Sekretariat Media, Unit Komunikasi Korporat MBPJ berkata, kerja pemasangan itu dijalankan secara berfasa, iaitu fasa 1 laluan lebuh raya di lorong perlahan akan ditutup secara berperingkat pada 15 Februari bermula jam 2 hingga 3 pagi membabitkan laluan dari arah Taman Medan/Lebuhraya Persekutuan.

“Sebagai alternatif, pengguna jalan raya yang yang ingin ke Kuala Lumpur perlu membuat pusingan U di susur keluar Exit 1005 Lebuhraya NPE ke arah Sunway dan menghala ke Shah Alam/Kelana Jaya seterusnya menghala ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan.

“Manakala pada fasa 2, penutupan penuh laluan lebuh raya berkenaan dari kedua-dua arah, iaitu dari Kuala Lumpur/Jalan Templer dan Taman Medan/Lebuhraya Persekutuan/Sunway akan dilaksanakan, pada 17 Februari dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi,” katanya.

Bagi laluan alternatif pula, pengguna jalan raya yang yang ingin ke Kuala Lumpur dari Taman Medan perlu membuat pusingan U di susur keluar Exit 1005 Lebuhraya NPE ke arah Sunway dan menghala ke Shah Alam/Kelana Jaya dan seterusnya ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan.

Manakala, arah laluan alternatif ke Sunway pengguna jalan lebuh raya akan dilencongkan ke Jalan PJS 1/25 dan menghala ke Sunway melalui Jalan PJS 1/30 seterusnya ke PJS 1/21 hingga ke Jalan Maju Jaya 2 dan seterusnya ke Jalan 12 dan memasuki ke Jalan PJS 1/9 dan ke Lebuhraya NPE.

“Laluan alternatif ke Kuala Lumpur dari Sunway pula, pengguna jalan raya akan dilencongkan ke Jalan PJS 6/4 dan menghala ke Kuala Lumpur melalui Jalan PJS 6/2 dan Jalan Klang Lama seterusnya menuju ke Lebuhraya Damansara-Puchong dan membuat pusingan U ke arah Lebuhraya Persekutuan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pengguna lebuh raya hendaklah mematuhi arahan berkenaan dan menggunakan lalulan alternatif yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh hubungi Bahagian Aset dan Infrastruktur, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221.


Pengarang :