SUKANKINI

MFL setuju perlawanan Perak-KL ditunda

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 FEB: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersetuju menunda perlawanan Unifi Liga Super antara Perak dan Kuala Lumpur bagi memberikan laluan buat skuad The Bos Gaurus membuat persiapan menghadapi saingan ‘play-off’ Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Perkara itu diumumkan MFL dalam satu kenyataan hari ini yang turut menyatakan sokongan penuh kepada Perak untuk mara ke peringkat seterusnya.

Katanya, Perak membuat permohonan bertarikh 13 Februari kepada MFL bagi meminda perlawanan menentang Kuala Lumpur, pada 15 Februari ini.

“Untuk makluman semua, dengan mengutamakan agenda bola sepak negara bermain di peringkat antarabangsa, perlawanan itu akan dipinda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak.

“MFL memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan untuk melihat pasukan Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam #ACL2019,” katanya.

Skuad bimbingan Mehmed Durakovic dijadualkan bertemu kelab Ulsan Hyundai, Selasa hadapan di Ulsan Munsu Football Stadium selepas melakar kemenangan dramatik menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 menetang Kitchee SC, di Ipoh.

 


Pengarang :