Selangorkini
NASIONAL

Bursa Malaysia mendatar

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar hari ini apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar 2018 dan permulaan pusingan baharu rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata peniaga.

Pada jam 9.25 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,684.48, turun 0.82 mata daripada penutupan 1,685.3 semalam.

Indeks itu dibuka 0.81 mata lebih rendah pada 1,687.73.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 191 berbanding 147 dengan 223 kaunter tidak berubah manakala 1,292 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Sejumlah 378.52 juta saham bertukar tangan bernilai RM133.3 juta.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :