EKONOMINASIONAL

Saham KL tinggi pada pembukaan

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini dalam sentmen positif susulan pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang mencatatkan angka yang sihat, semalam.

Pada jam 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan 1,692.73, meningkat 3.67 mata berbanding 1,689.06 pada penutupan Khamis.

Indeks dibuka 3.23 mata lebih kukuh pada 1,692.29.

Seorang peniaga berkata pasaran saham tempatan ditutup lebih tinggi semalam, mengatasi penurunan dua hari berturut-turut ekoran data KDNK memperlihatkan pertumbuhan ekonomi negara kali pertama sejak suku ketiga 2017, yang mencetuskan keyakinan ke atas pelaporan keputusan pendapatan korporat suku keempat yang lebih baik.

“Sokongan segera untuk indeks kekal pada 1,680 manakala rintangan segera pada tahap tertinggi sebelum ini pada 1,705,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing kekal pada RM9.55 dan RM5.78.

Public Bank menokok dua sen kepada RM24.96, TNB menambah empat sen kepada RM13.06 dan Petronas Chemicals naik tiga sen kepada RM8.50.

Bagi saham aktif, Tatt Giap dan Sapura Energy masing-masing menambah setengah sen kepada 10.5 sen dan 31 sen.

Bumi Armada, Sumatec dan KNM masing-masing kekal pada 24.5 sen, satu sen dan 11 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 29.08 mata kepada 11,774.65, Indeks FBM Emas Shariah naik 42.23 mata kepada 11,666.44 manakala FBMT 100 menambah 28.97 mata kepada 11,635.38.

Indeks FBM Ace meningkat 32.66 mata kepada 4,673.52 dan FBM 70 menambah 50.601 mata kepada 14,037.44.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 19.949 mata kepada 17,739.51, Indeks Perladangan menambah 30.31 mata kepada 7,318.38 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.53 mata kepada 163.26.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 180 berbanding 105, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,353 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 356.26 juta saham bernilai RM116.54 juta.

*Sumber: BERNAMA

 


Pengarang :