GLOBALNASIONAL

Jumlah pelancong ke Antartika meningkat dalam tempoh 5 tahun

ANTARTIKA, 11 MAC: Jumlah pelancong yang melawat Antartika meningkat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, menurut data Persatuan Pelancong Antarabangsa Antartika (IAATO).

Data itu mendedahkan terdapat peningkatan 28 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, menyaksikan pada 2013 hingga 2014 seramai 37,405 orang pelancong meningkat kepada 51,707, pada 2017 hingga 2018.

Kos lawatan ke Antartika kira-kira US$5,500 hingga US$96,100.

Kebanyakan pelawat yang mengunjungi benua itu 33 peratus dari Amerika Syarikat, diikuti China (16 peratus) dan Australia (11 peratus).

Pembantu Operasi dan Komunikasi IAATO, Amanda Lynnes berkata, jumlah pelancong ke benua itu diramal akan terus meningkat pada tahun berikutnya.

Beliau berkata, bagi memastikan alam semula jadi terus terpelihara, kapal yang membawa lebih 500 penumpang tidak dibenarkan melawat benua itu. -BERNAMA


Pengarang :