AGENDANASIONAL

Anwar terima pandangan MPP, Ahli Parlimen KEADILAN

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pandangan dikemukakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen parti itu melalui satu kenyataan hari ini supaya usaha ‘memecah belahkan’ parti dihentikan.

“Saya terima pandangan daripada Ahli Parlimen dan MPP, walaupun ada yang menafikan; maksud mereka (kenyataan) adalah untuk memastikan supaya parti ini tidak kelihatan terlalu tegang.

“Jadi mereka memberi peringatan dan saya terima baik pandangan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Kenyataan yang dibuat 22 ahli MPP antaranya berpendirian bahawa kanyataan Anwar yang menggesa Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali harus meletakkan jawatan jika video seks berkenaan sahih adalah tidak berasas dan hanya berdasarkan spekulasi semata-mata.

Kenyataan itu turut menyatakan, presiden sewajarnya memberikan kepimpinan jelas terhadap persoalan utama untuk membanteras komplot politik jahat bagi menjatuhkan timbalan presiden.


Pengarang :