Kanak-kanak KIDS didedahkan dengan kaedah penggunaan alat bantuan menyelamat oleh pihak bomba ketika lawatan mereka ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bersama ADN Subang Jaya, Michelle Ng. – Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN santuni penghuni Rumah KIDS USJ1

SUBANG JAYA, 14 OGOS: Jelas terpancar kegembiraan pada wajah kanak-kanak Rumah KIDS USJ1 apabila dapat melihat dan merasai pengalaman kerja sebagai anggota bomba.

Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkata, tujuan pihaknya menganjurkan aktiviti itu adalah untuk memberi pendedahan bahawa tugas anggota bomba bukan hanya memadamkan kebakaran sahaja.

Timbalan Penguasa Bomba Negeri Selangor, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman menunjukkan barangan kelengkapan bomba kepada ADN Subang Jaya, Michelle Ng bersama salah seorang kanak-kanak KIDS ketika lawatan mereka ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. – Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Katanya, beliau optimis menerusi aktiviti itu kanak-kanak terbabit dapat menjadikan tugas sebagai bomba inspirasi buat mereka sekali gus menanam cita-cita untuk menjadi anggota bomba.

“Saya dan beberapa pelajar Latihan Industri di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Subang Jaya menganjurkan aktiviti ini untuk memberi pengalaman kepada kanak-kanak berkenaan.

“Saya difahamkan mereka juga antara golongan yang pernah melalui sejarah hitam sebelum ini seperti didera dan diabaikan. Semoga menerusi aktiviti ini ia memberi semangat untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya memberikan info cara menyelamatkan diri untuk mangsa kebakaran kepada kanak-kanak Rumah Perlindungan Kanak-kanak ini Disayangi (KIDS). – Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai lawatan kanak-kanak Rumah KIDS USJ1 ke Balai Bomba & Penyelamat Subang Jaya, SS17, di sini, hari ini.

Dalam program itu, seramai 15 kanak-kanak Rumah KIDS USJ menyertai lawatan ke balai bomba terbabit.


Pengarang :