AGENDANASIONAL

Jaga tandas: Malaysia patut tiru Thailand

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Malaysia sepatutnya meniru negara-negara membangun seperti Thailand dalam mempromosi menjaga kebersihan tandas awam, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Lam Thye berkata, Malaysia perlu mengerakkan revolusi tandas di mana rakyatnya perlu melakukan sesuatu untuk menjaga kebersihan tandas sepanjang masa.

“Kami juga perlu ada revolusi pemikiran mengenai kepentingan menjaga tandas. Kita tidak boleh beranggapan tandas semestinya tempat kotor dan kita tidak perlu melakukan apa-apa.

“Untuk menjadikan negara maju sebagai kayu pengukur mengenai tahap kesedaran menjaga kebersihan dengan rakyat negara ini ia mungkin boleh dianggap terlalu bercita-cita. Apa yang patut kita contohi ialah meniru negara-negara membangun dalam hal menjaga kebersihan tandas seperti Thailand,”kata beliau,

Menurut beliau, penduduk negara jiran berkenaan amat mementingkan kebersihan tanda bukan sahaja tandas di tempat awam malah tandas-tandas di kawasan kampung.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kesedihan mengenai tandas-tandas awam di negara ini yang kotor dan berbau busuk. Mengikut Mahathir, kekotoran tandas-tandas di negara ini juga memberi gambaran bahawa rakyatnya tidak mempunyai kesedaran sivik.

Dalam petrkembangan sama, Lam Thye mencadangkan agar pembinaan tandas di negara ini dalam bentuk pelbagai demi kemudahan dan keselesaan pengguna.

“Sudah tiba masanya rakyat Malaysia dididik dengan cara-cara mengguna tandas dengan betul. Ia juga bagi menanam budaya menjaga kebersihan di semua tempat termasuk tandas awam,”kata beliau.

– BERNAMA


Pengarang :