Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerajaan belum cadang gantung semua penerbangan dari China

PUTRAJAYA, 30 JAN: Kerajaan Persekutuan belum bercadang untuk menggantung semua penerbangan dari China ke Malaysia berikutan wabak 2019 novel koronavirus di negara itu, namun kajian mengenainya sedang dijalankan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Belum lagi ada keperluan itu (menggantung semua penerbangan dari China).

“Kita buat kajian sama ada kita perlu hentikan semua penerbangan ataupun cuma daripada wilayah Wuhan dan Hubei saja,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Rakan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar, di sini hari ini.

Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan penggantungan sementara semua penerbangan dari China ke negeri itu berkuat kuasa serta-merta berikutan kebimbangan berkenaan wabak koronavirus.

Ditanya mengenai usaha Malaysia yang ingin membawa pulang kesemua rakyatnya di Wuhan, Dr Mahathir berkata kerajaan belum menerima respons dari China.

“Kita baru mula cakap dengan mereka, belum dapat respons lagi,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :